7 Tanda
Isteri Derhaka Pada Suami
Rasulullah saw
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah r.a bermaksud :
"Aku pernah
bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas
isteri ?"
Baginda menjawab :
"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya".
Kemudian aku
bertanya lagi : "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas
suami?"
Baginda menjawab :
"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu
kandungnya."
(Riwayat Bazar dan
al-Hakim)
Dalam sebuah hadis
yang lain pula Baginda bersabda bermaksud :
"Sekiranya
aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain
nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi
dab Ibnu Hibban)
Kita jangan keliru,
apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf
wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara,
dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Antara sebabnya
ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada
suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke
kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan
si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu,
adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si
suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada
suaminya sendiri...
Jika ada para
isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan
sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya
membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu
dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka
atau nusyuz.
Apakah ciri atau
tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk
dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut
diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.
Terdapat 7
tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.
1 - Menghina atau mengumpat
suami
Bersifat amanah
iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami
terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri
ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan
suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan
kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami
telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap
menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
2 - Mengherdik dan
menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu
berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak
sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan
serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai
isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan
tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan
diri zahir dan batin.
Rasulullah saw
bersabda :
Tiada faedah yang
paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa
kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.
3 - Isteri keluar
rumah tanpa kebenaran suami
"Apabila
perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh
semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin
dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh
Thabarani di dalam al-Awsat)
4 - Isteri mendoakan
kecelakaan buat suami
Isteri yang
solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan
rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.
5 - Membenci kegemaran
suami
Mengakui dan
menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga
sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah
diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang
meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan
perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi
nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa
kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian
itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan
atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu
adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka
(lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
6 - Menjadi tekanan
kepada suami
Tidak dinafikan
keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah
institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan
rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan
meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan
menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga,
adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga
agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.
Apabila suami
menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati
suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila
ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah
suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu
Majah)
7 - Mengungkit-ungkit janji
suami
Redha dan
bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan
rezeki yang terbaik bagi isteri.
Sabda Rasulullah
saw :
"Aku lihat
api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli
neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya
Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan
mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak
pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat
al-Bukhari)
Dalam hadis yang
lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan
ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah
mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?"
Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan
lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh
suaminya."
(Riwayat Muslim)
|
No comments:
Post a Comment