Khasiat Kunyit Putih
Info dan Khasiat Kunyit Putih
PENGENALAN Dewasa ini rata-rata keperluan bahan seperti kunyit untuk industri kosmetik/jamu tradisional dan sebagainya di negara kita sangat tinggi. Tingkat keperluan pasar dari tahun ke tahun semakin meningkat dengan percentage peningkatan 10-25% per tahun. Keperluan lebih tinggi pada waktu menjelang hari-hari besar/hari raya. Permintaan keperluan industri di atas sebahagian besar berasal dari para petani. Melihat
Khasiat Kunyit Putih
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Kunyit Putih yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti benih kunyit putih, cara menggunakan kunyit putih, jual kunyit putih, kesan sampingan kunyit putih, khasiat kunyit putih dan temulawak, kunyit putih kapsul, kunyit putih malaysia, kunyit putih ubat kanser, kunyit putih untuk ibu hamil, kunyit putih untuk maag/radang lambung, kunyit putih wikipedia,produk kunyit putih.
PENGENALAN
Dewasa ini rata-rata keperluan bahan seperti kunyit untuk industri kosmetik/jamu tradisional dan sebagainya di negara kita sangat tinggi. Tingkat keperluan pasar dari tahun ke tahun semakin meningkat dengan percentage peningkatan 10-25% per tahun.
Keperluan lebih tinggi pada waktu menjelang hari-hari besar/hari raya. Permintaan keperluan industri di atas sebahagian besar berasal dari para petani. Melihat dari keperluan industri jamu dan kosmetik yang ada di dalam negeri, penawaran dan permintaan terhadap kunyit tidak seimbang, apalagi memenuhi permintaan pasar luar negeri. Sementara keperluan kunyit di pasaran dunia pada masa ini mencapai ratusan ribu tan/tahun. Sebahagian kecil dari jumlah tersebut dipenuhi oleh negara India, Haiti, Sri Lanka, Cina, dan negara-negara lainnya. Malaysia kini sudah sepatutnya mengusahakan tanaman ini secara komersial sehingga produksi yang dicapai lebih cepat dan tinggi, agar keperluan minimum dalam negeri terpenuhi secara optimal.
Nama Tempatan : Kunyit Putih
Nama Saintifik : Kaempferiae Rotundae Rhizoma
Nama Lain: Kunyit Putri , White Tumeric, Curcuma alba.
Family : Zingiberaceae
Habitat : Kawasan redup dan tersorok.
Isinya berwarna putih kekuningan.\
Jenis Tanaman
Jenis Curcuma domestica Val, C. domestica Rumph, C. longa Auct, u C. longa Linn, Amomum curcuma Murs. Ini merupakan jenis kunyit yang paling terkenal dari jenis kunyit lainnya.
KEGUNAAN & KHASIAT
Kunyit mengandungi zat yang sangat berkhasiat antaranya kurkumin, minyak asitri, lemak, protein,karbohidrat, Vitamin C dan zat besi. Secara umumnya, kunyit digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan luka. Ia bermanfaat sebagai antiseptik, antibakteria dan antioksida bagi mencegah kerosakan dan mutasi sel disebabkan radikal bebas. Masalah penyakit kulit dan diabetes boleh dimanfaatkan dengan pengambilan kunyit dengan kadar yang bersesuaian.
Tidak ramai yg mengetahui khasiat mahupun mengenali kunyit putih ini. Jika disebut “Kunyit” org kita hanya memfokuskan utk masakan. Dalam beberapa siri kajian saintifik & juga perubatan tradisional perbidanan kampung, kunyit putih amat bermanfaat untuk ibu-ibu lepas bersalin & juga melawan pertumbuhan sel-sel kanser.
Dalam bidang perbidanan kunyit putih berkhasiat bagi membersihkan organ-organ peranakan wanita selain dapat menyembuhkan luka dgn cepat & menghentikan pendarahan. Sifat antioksidan nya juga dapat menahan zat radikal bebas penyebab tumbuhnya sel kanser, anti inflamasi (keradangan) serta dapat meningkatkan sel darah merah.
Dimasa ini agak sukar untuk mencari kunyit putih sebagai salah satu bahan perawatan bagi ibu2 bersalin, jadi rebutlah peluang ini kerana jamu bersalin keluaran JSD adalah antara jamu bersalin yg terbaik kerana mempunyai kandungan kunyit putih. Bukan sekadar menyihatkan rahim anda selepas kelahiran, malah dapat melawan pertumbuhan sel-sel kanser dan mencergaskan tubuh badan anda. Insya Allah..
- Buang angin dalam badan.
- Menyembuhkan sakit perut.
- Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser.
- Membantu menyembuhkan penyakit tumor.
- Mencegah kerosakan gen.
- Membantu mengurangkan berat badan, sesuai bagi yang sedang diet.
- Meningkatkan nafsu makan.
- Menyembuhkan asma dan sesak nafas.
- Mampu menghentikan pendarahan.
- Sebagai sumber antioksida.
- Membantu merangsang produksi sel darah merah.
- Menyegarkan kulit.
Pembenihan Kunyit Putih
1) Persyaratan menyemai
Anak benih kunyit yang baik berasal dari pemecahan rimpang (batang pokok dalam tanah yang tumbuh mendatar dan bercabang-cabang), kerana lebih mudah tumbuh. Syarat penyemaian yang baik : berasal dari tanaman yang tumbuh subur, segar, sihat, berdaun banyak dan hijau, terhindar dari serangan penyakit; cukup umur/berasal dari rimpang yang telah berumur > 7-12 bulan; bentuk, ukuran, dan warna seragam; memiliki kadar air cukup; benih telah mengalami masa istirahat (dorman) cukup; terhindar dari bahan asing (biji tanaman lain, kulit, kerikil).
2) Pesiapan menyemai benih
Rimpang dipotong agar diperoleh ukuran dan dengan berat yang seragam serta untuk memperkirakan banyaknya mata tunas/rimpang. Bekas potongan ditutup dengan abu dapur/sekam atau merendam rimpang yang dipotong dengan larutan fungisida (benlate dan agrymicin) guna menghindari tumbuhnya jamur. Tiap potongan rimpang maksimum memiliki 1-3 mata tunas, dengan berat antara 20-30 gram dan panjang 3-7 cm.
3) Teknik Penyemaian Benih
Pertumbuhan tunas rimpang kunyit dapat dirangsang dengan cara: mengangin-anginkan rimpang di tempat teduh atau lembap selama 1-1,5 bulan, dengan penyiraman 2 kali sehari (pagi dan sore hari). Benih tumbuh baik bila disimpan dalam suhu kamar (25-28 oC). Selain itu menempatkan rimpang di antara jerami pada suhu udara sekitar 25-28 oC. dan merendam benih pada larutan ZPT (zat pengatur tumbuh) selama 3 jam. ZPT yang sering digunakan adalah larutan atonics (1 cc/1,5 liter air) dan larutan G-3 (500-700 ppm). Rimpang yang akan direndam larutan ZPT harus dikeringkan dahulu selama 42 jam pada suhu udara 35 oC. Jumlah anakan atau berat rimpang dapat ditingkatkan dengan jalan direndam pada larutan pakloburazol sebanyak 250 ppm.
4) Pemindahan Benih
Benih yang telah siap lalu ditempatkan pada persemaian, di mana rimpang akan muncul tunas telah tanaman berumur 1-1,5 bulan. Setelah tunas tumbuh 2-3 cm maka rimpang sudah dapat ditanam di lahan. Pemindahan benih yang telah bertunas harus dilakukan secara hati-hati guna menghindari agar tunas yang telah tumbuh tidak rosak. Bila ada tunas/akar benih yang saling terkait maka akar tersebut dipisahkan dengan hati-hati lalu letakkan benih dalam wadah tertentu untuk memudahkan pengangkutan benih ke lokasi lahan. Jika jarak antara tempat pembenihan dengan lahan jauh maka benih perlu dilindungi agar tetap lembap dan segar ketika tiba di lokasi. Selama pengangkutan, benih yang telah bertunas jangan ditumpuk.
Teknik Penanaman
1) Penentuan Pola Tanaman
Benih kunyit yang telah disiapkan kemudian ditanam ke dalam lubang berukuran 5-10 cm dengan arah mata tunas menghadap ke atas. Tanaman kunyit ditanam dengan dua pola, iaitu penanaman di awal musim hujan dengan penuaian di awal musim kemarau (7-8 bulan) atau penanaman di awal musim hujan dan penuaian dilakukan dengan dua kali musim kemarau (12-18 bulan). Kedua pola tersebut dilakukan pada masa tanam yang sama, iaitu pada awal musim penghujan. Perbezaannya hanya terletak pada masa tuainya.
2) Pembuatan Lubang Tanam
Lubang tanam dibuat di atas bedengan/petakan dengan ukuran lubang 30 x 30 cm dengan kedalaman 60 cm. Jarak antara lubang adalah 60 x 60 cm.
3) Cara Penanaman
Teknik penanaman dengan perlakuan stek rimpang dalam nitro aromatik sebanyak 1 ml/liter pada media yang diberi mulsa ternyata berpengaruh nyata terhadap pertumbuhan dan vegetatif kunyit, sedangkan penggunaan zat pengatur tumbuh IBA (indolebutyric acid) sebanyak 200 mg/liter pada media yang sama berpengaruh nyata terhadap pembentukan rimpang kunyit.
4) Period Tanam
Masa tanam kunyit iaitu pada awal musim hujan sama seperti tanaman rimpang-rimpangan lainnya. Hal ini dimungkinkan karena tanaman muda akan membutuhkan air cukup banyak untuk pertumbuhannya. Walaupun rimpang tanaman ini nantinya dituai muda iaitu 7 – 8 bulan tetapi penanaman selanjutnya tetap diusahakan awal musim hujan.
=========================================================
No comments:
Post a Comment