TAZKIRAH RINGKAS :
BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA..
Di dalam ajaran Islam semua masalah,
ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau
tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia
akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu
barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak
menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan
rugi”.
Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu
adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan
akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi
rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut
orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al
Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan
mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al
Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran
Islam atau ajaran Allah.
FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di
ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan
mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”
Ertinya berkira dengan orang mukmin
mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat
susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih
liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT
memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
Di sini tahulah kita ubat hati tidak
tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT,
jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat
berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada
mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai
Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa
yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang,
gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم
No comments:
Post a Comment