D'Kebun

NAMA : HJ. RAMLAN No tel : 0137887224

Monday, April 18, 2016

KESAN AJINOMOTO PADA POKOK

KESAN AJINOMOTO PADA POKOK

Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan2 malu2 buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga. 
Sukatan :

1) 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.

Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

Waktu siraman :
waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.

Kekerapan : 
2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.
Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok:
1. Menyuburkan tanaman
Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan :
Daun yang lebih hijau
Daun tanaman yang lebat, dan
Tanaman menjadi lebih sehat

2. Mempercepat pertumbuhan tanaman
Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.


3. Mempercepat munculnya bunga
Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.

4. Memenuhi kebutuhan nutrisi pada tanaman
Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.

RESEPI AIR ASAM PENCICAH IKAN BAKAR YANG SUNGGUH SEDAP

RESEPI AIR ASAM PENCICAH IKAN BAKAR YANG SUNGGUH SEDAP
Kalau pekena ikan bakar mesti ada air asam buat pencicahnya. Kalau air asam tak ada, potong cili api, bawang merah dan bawang putih lepas tu taruh kicap manis pun ok. Tapi ikan bakar lawannya yang afdal mestilah air asam. Kadang-kadang kita makan ikan bakar di restoran ada masa air asamnya okay dan ada juga yang tak okay. Kalau dapat air asam yang cair semacam je mulalah rasa tawar hati nak makan tapi nasi dah terhidang makan ajelah sambil merungut dalam hati. Nak marah-marah depan rezeki tak elok. Simpan dalam hatilah, lain kali sure tak akan datang lagi dah. Air asam yang sedap biasanya kita tengok pun dah tau. Ianya mesti nampak pekat tapi bukanlah pekat sangat. Sedang-sedang macam tu. Air asam yang pekat dan rasanya yang ada kombinasi masam, manis, masin dan pedas barulah sedap dibuat pencicah ikan bakar. Selalu kalau aku makan ikan bakar, air asamnya tak menepati citarasa. Sejak dari itulah aku buat resepi sendiri. Tokok tambah mana yang patut akhirnya dapatlah air asam yang menepati citarasa aku sendiri. Hari ni aku nak kongsi resepi air asam yang aku sendiri rasa sedap.....hehe. Tak ada banyak bezanya dengan air asam biasa cuma cara olahan dan kuantiti bahan yang kita gunakan akan menentukan kesedapannya.

.
Kombinasi kepekatan, warna dan rasa.
Bahan
1 biji tomato dibelah dua
4 biji bawang merah (bawang kecil ye)
Belacan lebih kurang sebesar sebiji atau sebiji setengah bawang merah (bakar dulu ya)
Asam jawa sebanyak lebih kurang sebiji tomato saiz sederhana
10 tangkai cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
1 tangkai cili merah di potong 2
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air masak ( kalau kurang boleh tambah lagi sikit)
2 biji limau kasturi

Cara
1. Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil patinya. Tuang ke dalam blender.
2. Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisarlah macam biasa.
3. Dah siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Mayang atau potong dadu 2 biji baki bawang merah. Separuh tomato yang berbaki tadi potong ikut suka - dadu boleh hiris pun ok. Baki separuh cili merah hiris halus. Cili api hiris halus jugak. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaul bagi bercampur aduk semuanya. Lepas tu perahkan limau kasturi. Kulitnya masukkan sekali.
4. Rasa dulu. Kalau agak kurang masin tambah garam. Kurang rasa manisnya tambah gula. Kemudian kacau bagi gula atau garam cair. Kalau kurang air boleh tambah sikit. Kombinasi rasanya mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau kurang masamnya tambahlah lagi perahan limau kasturi.
5. Kalau air asam ni nak diadikan macam air asam utara tambahlah dengan 1 sudu besar kerisik kemudian gaul rata. Jadilah ia air asam utara.
6. Kalau nak tambah bunga kantan pun blh. Hiris halus kemudian campur dan gaul sebati.
7. Bahan-bahan yang kita kisar tadilah yang membuatkan air asam ini menjadi pekat. Kalau tidak dikisar, ia akan kelihatan cair dan tidak menyelerakan. Selamat mencuba.


Wednesday, April 13, 2016

Kelengkapan berkebun -a

CANGKUL
Cangkul adalah satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah. Cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah. Kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat.
Bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu. Tetapi mata cangkul lebih lebar berbanding dengan mata beliung. Biasanya hulu atau pemegang ini lurus, tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit. Mata cangkul biasanya dibuat daripada besi.
Jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung.

KERETA SORONG (Wheel barrow)

Kereta Sorong merupakan sejenis alatan penting dalam aktiviti perkebunan. Kereta sorong yang ada dipasaran dinegara kita lazimnya menggunakan bahan metal yang tahan dengan komponen pemegang, takung, tayar (ada angin atau tayar mati)dan besi penyokong (stands). Kereta sorong digunakan untuk mengangkut barang-barang berat dan dialihkan atau dibawa kedestinasi lain. Ia sering diisi dengan bahan seperti hasil tanaman, tahi ayam, baja, tanah, sisa buangan ladang, buah kelapa sawit dan sebagainya. 

TONG PENYEMBUR (Knapsack Sprayer)

Tong Penyembur merupakan sejenis alatan pertanian yang sangat penting dalam aktiviti pertanian Alat ini merupakan satu alat yang dimestikan dibeli oleh semua petani kerana fungsinya untuk mengawal rumpai, serangga dan penyakit melalui semburan bahan kimia. Komponen alatan ini terdiri daripada sistem pam, tong menyimpan cecair, pemegang, alat semburan bernozel, penutup dan tali pengendong (Knapsack). Bahan yang digunakan untuk membuat alat tong penyembur terdiri daripada bahan logam seperti tembaga, zink dan bahan plastik yang ringan. 

PENGGEMBUR TIGA MATA



Alat penggembur tiga mata adalah sejenis alat yang mempunyai 3 mata tajam dari bahan metal untuk kegunaan memecahkan permukaan tanah yang agak keras.  Komponen alat ini terdiri daripada bahagian pemegang yang lazimnya diperbuat daripada kayu panjang dan bahagian mata daripada logam yang kuat. Terdapat alat ini yang mempunyai 3 jejari, 4 jejari sehingga 5 jejari. Alat ini berbeza dengan cangkul kerana ia sesuai untuk menggali dilokasi dimana tanah agak keras, tanah yang melekat(seperti tanah liat) dan sebagainya (Lihat foto sebelah). Walau pun kini tidak ramai petani moden menggunakan alatan ini, namun keperluannya masih ada dan harganya juga tidak berapa mahal.


Kelengkapan berkebun

Kelengkapan berkebun

Kelengkapan  berkebun - sebelum kita mula kegiatan bercocok tanam atau berkebun sebaiknya kita persiapkan alatan berkebun utama atau  mengenal paling tidak alat alat yang di gunakan untuk memudahkan kita melakukan kegiatan tersebut berikut gambar alat kelengkapan bercocok tanam.

Perlengkapan berkebun
Alat di atas merupakan alat yang wajib di miliki oleh pencinta kegiatan berkebun, Alat berkebun tersebut boleh didapati di kedai RM2.00 atau dikedai  yang menjual alat pertanian, 

Alat untuk tanah:
Cultivator : Untuk menggemburkan dan meratakan tanah serta mengumpulkan daun kering.

Fork : Untuk meratakan tanah, mengaduk tanah yang padat, mengumpulkan daun kering, dan mencungkil batu-batuan.garpu

Trowel : Alat ini fungsinya sebagai sarana untuk menyendok, menyekop, menggali, mengaduk dan mencampur tanah, pupuk, dan media tanam lainnya.

Tranplanter: Untuk menggali, mengaduk, dan menggemburkan tanah dalam pot.
Juga buat melubangi tanah untuk memindahkan tanaman.

sendok Weed Puller : Peralatan berkebun yang digunakan untuk mencungkil dan mencabut rumput liar.

Scope Trowel: Penyekop media tanam yang kuat. Dapat menyekop media tanam dengan banyak sehingga menghemat tenaga karena desain sekop yang lebar.

Di samping alat tersebut ada juga alat lain untuk tanamannya itu sendiri seperti  gunting bunga, berfungsi untuk memotong ranting dan dahan dalam upaya menjaga bentuk dari tanaman itu sendiri. ada juga gunting rumput, untuk memotong rumput apabila sudah kurang menarik penampilannya..

alat potong tanaman
dan yang tak kalah penting adalah :

alat siram tanaman
Alat Siram tanaman, alat siram ini ada yang manual seperti gambar di atas ada juga yang berupa semboran seperti gambar berikut ;
alat siram taman
 keduanya membantu kita dalam penyiraman tanaman sehingga hasil siram menjadi merata dan lebih menyenangkan..demikian ulasan tentang Perlengkapan berkebun semoga bermanfaat..amin



Tuesday, April 5, 2016

Khasiat Roselle

Khasiat Roselle


khasiat roselle 2

Info dan Khasiat Roselle

Pengenalan Hibiscus Sabdariffa L. adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Pokok rcselle, di kalangan penduduk tempatan dikenal: sebagai asam paya atau asam susur, boleh ditanam melalui biji benih atau juga keratan batang merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ianya berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang men-

Khasiat Roselle

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Info tentang Khasiat Roselle ini kami masukkan dalam kategori : BungaHerbaUbat
Pengenalan
khasiat roselle
Hibiscus Sabdariffa L. adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Pokok rcselle, di kalangan penduduk tempatan dikenal: sebagai asam paya atau asam susur, boleh ditanam melalui biji benih atau juga keratan batang merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ianya berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang men- dakwa ia berasal dari India. Di negara ini, roselle ditanam secara komersial di sebelah pantai timur Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu di atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor,Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3    meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun, mempunyai banyak kegunaan tetapi    penyalut buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.
Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi. Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid den antosianin, A ntos ianin adalah pigmen yang memberi warna kemenhan kepada roselle. Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil se- cara berterusan.
khasiat roselle 1

Khasiat

Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi seuap 100gram roselle kering. Selain itu”setiap 1009 roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.
Penyalut bunga roselle boleh diproses untuk dijadikan hasilan makanan/minuman seperU kordial, pati, jem, halwa, puri dan ser- buk. Malahan kepada pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri. Selain menjadi nilai tambah hasilan lain seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.
– Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
– Melancar peredaran darah.
– Mengubati luka luar dan dalam.
– Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
– Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
– Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
– Mempunyai efek anti kejang otot.
– Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
– Membunuh bakteria penyebab TBC.
– Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
– Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
– Mencegah penyakit jantung.
– Mengatasi masalah selsemabatuk, dan demam.
– Mengubati asma dan alergi.
– Mengubati insomnia.

khasiat roselle 2
– Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
– Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
– Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
– Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
– Menyihatkan mata
– Menyeimbangkan berat badan.
– Mengurangi panas dalam .
– Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
– Mengubati pening kepala/migraine.
– Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
– Menghilangkan sakit sakit di badan.
– Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
– Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
– Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
– Mengatasi masalah stress/tekanan.
Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.


Khasiat Serai Wangi

Khasiat Serai Wangi


khasiat serai wangi 3

Info dan Khasiat Serai Wangi

PENGENALAN Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun. Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan yang berasal dari Sri Langka dan digunakan

Khasiat Serai Wangi

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Serai Wangi yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti .

PENGENALAN
Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitanotot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan yang berasal dari Sri Langka dan digunakan untuk menghasilkan sabun serta bahan cuci yang lain. Sabun ini dihasilkan daripada minyak Citronella yang terhasil melalui satu proses penyulingan ke atas tumbuhan tersebut.
SERAI wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Purata saiznya ialah 60cm panjang x 2.5cm lebar.

Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi lapan bulan.
khasiat serai wangi 2

Khasiat Serai Wangi
1) membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan anginmelalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
2) Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.
3)menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
4)daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yangbengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.
3)daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.
4)Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin
6)Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.
7)Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.
khasiat serai wangi
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin danpening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.
Bahan Tanaman:
Serai wangi ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 – 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.
Tanah:
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.
Penanaman:
2-3 batang serai wangi ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanam bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.
khasiat serai wangi 1

Monday, April 4, 2016

Halia Bara


Halia bara sama seperti halia biasa iaitu mempunyai batang yang tegak dengan rizom tersebar secara mendatar. Besar atau kecil saiz rizom bergantung pada jenis halia. Beza antara halia bara dengan halia biasa ialah saiz pokoknya lebih kecil, rizom agak kemerahan, bau lebih kuat, daun berbentuk linear tersusun secara berselang, licin dan berwarna hijau cerah ke hijau gelap.Secara keseluruhan, sifat halia bara sama seperti halia biasa kecuali saiz, warna rizom, dan bunga serta bau nya yang agak kuat. Halia bara juga kadang-kadang dipanggil dengan nama halia merah, halia udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit.

Daun halia bara seakan-akan halia biasa atau bonglai.Kaedah penanaman halia bara biasanya daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunya mata tunas. Ia boleh ditanam atas batas, pasu atau polibeg.

Antara khasiat halia bara adalah seperti berikut : 

1. Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
2. Menghangatkan badan.
3. Melancarkan penghadaman.
4. Merawat resdung.
5. Melegakan demam.
6. Mengurangkan sengal-sengal otot.
7. Rawatan selepas bersalin.
8. Merawat kesan gatal gigitan serangga.
9. Mampu meningkatkan tenaga batin lelaki.
10.Menghilangkan tompok panau atau kurap.

p/s : Tidak digalakkan minum air rebusan halia bara secara kerap kerana ia boleh merosakkan usus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Galeri Gambar
 Herba mahkota dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah,ranting dan akar. 

Buah mahkota dewa ini dapat mengubati dan mencegah berbagai peyakit seperti :  

Reumatik( Sakit Sendi)
Gout & arthritis
Hepatitis (Radang Hati)
Penyakit Lumpuh
Kegemukan/obesiti
Batuk
Sesak nafas
Kanser & Tumor
Hati(Hepatetis)
Darah Tinggi(Hipertensi)
Stroke/Angin Ahmar
Penyakit Jantung
Kencing Manis/Diabetes
Ginjal/Cuci darah
Keputihan
Haid tidak lancar

Cara guna :

Buah mahkota dewa yang telah masak dihiris nipis-nipis, kemudian dijemur hingga benar-benar kering, kemudian rebus hirisan tadi dan minum air nya.


Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah

Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar.


Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar. Antaranya seperti berikut :- Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan. Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus. Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi. Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah. Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan. Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah. Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim. Meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi


Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang/ranting dan akar. Antaranya seperti berikut :- Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan. Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus. Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi. Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah. Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan. Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah. Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kenser rahim. Meningkatkan stamina dan ketahanan badan tehadap influeza Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi