D'Kebun

NAMA : HJ. RAMLAN No tel : 0137887224

Wednesday, April 13, 2016

Kelengkapan berkebun -a

CANGKUL
Cangkul adalah satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah. Cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah. Kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat.
Bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu. Tetapi mata cangkul lebih lebar berbanding dengan mata beliung. Biasanya hulu atau pemegang ini lurus, tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit. Mata cangkul biasanya dibuat daripada besi.
Jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung.

KERETA SORONG (Wheel barrow)

Kereta Sorong merupakan sejenis alatan penting dalam aktiviti perkebunan. Kereta sorong yang ada dipasaran dinegara kita lazimnya menggunakan bahan metal yang tahan dengan komponen pemegang, takung, tayar (ada angin atau tayar mati)dan besi penyokong (stands). Kereta sorong digunakan untuk mengangkut barang-barang berat dan dialihkan atau dibawa kedestinasi lain. Ia sering diisi dengan bahan seperti hasil tanaman, tahi ayam, baja, tanah, sisa buangan ladang, buah kelapa sawit dan sebagainya. 

TONG PENYEMBUR (Knapsack Sprayer)

Tong Penyembur merupakan sejenis alatan pertanian yang sangat penting dalam aktiviti pertanian Alat ini merupakan satu alat yang dimestikan dibeli oleh semua petani kerana fungsinya untuk mengawal rumpai, serangga dan penyakit melalui semburan bahan kimia. Komponen alatan ini terdiri daripada sistem pam, tong menyimpan cecair, pemegang, alat semburan bernozel, penutup dan tali pengendong (Knapsack). Bahan yang digunakan untuk membuat alat tong penyembur terdiri daripada bahan logam seperti tembaga, zink dan bahan plastik yang ringan. 

PENGGEMBUR TIGA MATA



Alat penggembur tiga mata adalah sejenis alat yang mempunyai 3 mata tajam dari bahan metal untuk kegunaan memecahkan permukaan tanah yang agak keras.  Komponen alat ini terdiri daripada bahagian pemegang yang lazimnya diperbuat daripada kayu panjang dan bahagian mata daripada logam yang kuat. Terdapat alat ini yang mempunyai 3 jejari, 4 jejari sehingga 5 jejari. Alat ini berbeza dengan cangkul kerana ia sesuai untuk menggali dilokasi dimana tanah agak keras, tanah yang melekat(seperti tanah liat) dan sebagainya (Lihat foto sebelah). Walau pun kini tidak ramai petani moden menggunakan alatan ini, namun keperluannya masih ada dan harganya juga tidak berapa mahal.


No comments: